April 6, 2017

Memoir: The last day of my SPM


Assalamualaikum and hi. Since aku tak tahu nak update and post entry apa and sebab aku tak nak nampak blog kosong tak update setelah berhari-hari juga, so aku decide nak throwback. A lot of throwbacks, after this? hehehe please bear with it. Serious, let me throwback my school years, ya la, aku ni penganggur terhormat. Dari aku duk ulang rutin tido-makan-tv-hp-tido-makan-tv-hp, adalah baiknya aku reminisce sikit memories lama la kan? If you miss some of them, boleh check kat navi tab memoir tu ye hiks hehehe

Okay, sebagai bekas pelajar sekolah lol antara hari-hari yang penting dalam hidup semestinya adalah seperti berikut:
1) Hari First Masuk Sekolah
2) Hari-hari Cuti
3) Hari-hari Exam
4) Hari Mula SPM
5) Hari Last SPM

okay lol so, sebagai salah seorang yang tergolong dalam ciri berikut, aku nak la throwback sikit kan time hari last spm. Tak seperti tahun sebelum-sebelumnya, bagi batch 99 ataupun spm candidates 2016 aliran sains, paper terakhir kami ialah Kimia/Chemistry, and before this ialah Biology. Second last paper kami ialah Bio and then kami ada gaaaaaaappp yang amat panjang iaitu 5 hari sebelum last day SPM iaitu pada 29 November. Teacher Chem kami, toksah kata la, risau semedang je sebab gap panjang. Mesti pelik kan, risau nape sebab gap panjang better la kan? Boleh baca banyak! But, that's no how it supposed to be, memang betul la teacher risau, sebabbbb, LAST PAPER SYNDROME. Well, sebab gap panjang sangat, then kau mula la rasa macam dah habis exam, dah merdeka, mula malas baca buku, and bla bla in between. 


Okay, whatever the result and how it supposed to be, chem kami okay, Alhamdulillah. Walaupun gmp sekolah for Chem agak menurun........ but its okay la teacher en, kami dah usaha hehe. Time paper Chem, teacher memang belanja makan kaw-kaw la. The best food time rehat before the next paper sepanjang spm, maybe. Dannnn Chem punya paper la yang time paper 3 semua jawab smooth je kot (?) Sebab tak macam paper Phy dan lain yang pengawas peperiksaan terpaksa tunggu agak lama sikit dekat certain meja untuk kutip buku jawapan. Anddddd tak payah kata la, time nak bagi buku jawapan, semua punya sengih-senyum memang takleh nak aci sorok dah, semua memang happy kemain. But yalahh, kitorang habis paper terus jerit je, tak buat sujud syukur like others, pardon our behavior. LOL and thanks kepada seorang pengawas yang terpaksa ambil gambar siap kena tunggu kitorang selfie-wefie-dan-seangkatan-dengannya for almost an hour. 




Can you see the difference between a girl and a boy? Gambar perempuan, budak laki kecoh nak interframe and the pics isnt that very good but yeah, for boys......... okay nevermind guys. I wont mind. Oh ye, disebabkan 29 Nov tu bukan hari sekolah, so kitorang kena pandai-pandai datang sekolah pukul berapa. And I was the forth person who came to school. I thought that i was the early one but yeah, Etot and Ipah were the winner. Depa dok mai sekolah time pak guard tak bukak pagar sekolah pun lagi. Semangat nau nauuu. Tapi, lepas jawab paper 1 Chem, semua lemau nau nau pulak haha lol banyak gila pengiraan babeng laaa. And selepas sejam amik gambar semua, hujan pun turun. A good sign or a bad sign? OR Sedih nak tinggal sekolah or happy dah habis sekolah? But for sure, i miss school; be in a class with a group of monkeys and the teachers there. I miss the loudness.
       
               
               

Like I've said, the boys memang suka interframe. At first, I'm the one who wants to take a photo, alone. Then Afiq and Hari came soundless at my back, followed by Zainur. Lastly, Daus and Kimi messed the pic. LOL. I can say that Chem was one of the papers that driving us nuts but yeah, who cares? Its over and it's so goooood to be free; tapi untuk hari tu la, and for the next two months. Now, i miss school. Not the homeworks and rules; i miss the environment there. (love emoji pls) Okay, thats all from me. Bye, Assalamualaikum.








March 20, 2017

Memoir: Result SPM 2016


Assalamualaikum and hi. As a spm leaver, mesti semua ketaq-ketaq kan time nak amik result spm. Siapa weyy tak ketaqq. Walaupun result pun dah dapat sejak 16th of March lepas, kita kasi throwback la? hahaha Btw, this could be a long post, i'm sorry and thanks for yang baca sampai habis. Aku bukanla sekolah yang tinggi-tinggi famous amous gitu, bukan mrsm bahkan sbp (walaupun hampir register masuk sgs haha) dan bukan juga smka. Well aku sekolah harian biasa dekat luar bandar sahaja; Smk Bandar Baru Serting (Felda). A pure science student which i took Biology, Chemistry, Physic and Addmath. Alhamdulillah batch 99 aliran sains dengan jayanya telah habis menduduki SPM dari 7 November sehingga 29 November. As a conclusion yang boleh aku buat bagi each subjects;

Note; this entry saya post bukan sebab riak-takbur-ujub dan sewaktu dengannya malahan sebagai pengalaman dan kenangan buat diri sendiri. Tak salah kan nak embrace and reminisce certain memory, aite? Dont hate pls

Bahasa Melayu: The Kbat aint no killing. Soalan komsas dia banyaaaaaak sangat kbat yang kadang rasa macam; apa aku nak jawab ek? apa aku nak buat ek kalau cemtu? and so on. Tatabahasa dia pun apa kurangnya buat sakit kepala sebab bagi aku macam tak ada yang salah hahahaha lol and alhamdulillah karangan tajuk-tajuk dia not bad, boleh jawab :) Taaaaapi, soalan rumusan dia buat aku pening nak tentukan ada 'pihak' yang terlibat ke tak and macam aku kata, the kbat ain't no killing. Seriously, aku nasihatkan korang kena mula berfikir secara kritis dan mantap ye bakal spm students.

English: Section A dia bak hangg la weii ketaq aku wey vocabulary dia tinggi nak mampuih la bagi seorang yang tak power english cam aku ni. Memang aku susah nak faham hampir semua soalan dekat section tu la sampai aku skip semua nak jawab lain dulu. Summary dia memang lawak la sebab cerita section C dia pun agaaaaak la pasal love kot; where's a guy need to make a move on a girl. lawak k! and again essays dia alhamdulillah aku merepek ikut suka aku macam biasa hahahaha. paling susah section A la bagi aku

Sejarah: Bagi paper 1, yang mampu aku kata, kau baca kau dapat. Alhamdulillah aku khatam dua buku teks sebelum paper and thanks God, aku check online aku dapat 38/40. I cried okay sebab selalu dapat 34 je paling tinggi. Paper 2, memang kau tercengang juga la sebab soalan target memang tak keluar langsung. And kalau kau baca soalan, kau tak boleh figure out mana satu soalan kbat and seems macam tak ada pun soalan kbat tau. Sebab tu semua nampak macam fakta je. For paper 3, alhamdulillah bahan-bahan yang cikgu-cikgu sejarah bagi memang majoriti kena dengan soalan so it's became more easier.

Matematik: Kertas satu dia aku rasa lagi better dari soalan trial negeri sembilan and ada sesetengah soalan aku tak dapat jawab (soalan bearing dengan bumi sebagai sfera apa tah) daaan alhamdulillah aku teka main tembak-tembak betul pula bila check online. Untuk paper 2 math, haaaaaa paper ni macam haroommm nauzubillah betul la sebab aku pun cuak-pening lah fikir ni soalan math ke addmath sebab penaakulan dia dah macam janjang addmath la pula. And the kbat also aint killing sebab dia punya soalan tu bagi belit memang agak win la. Mula-mula memang ambil masa nak paham but at last mesti akan dapat tau juga cara kiranya.

Pendidikan Islam: Subjek ni pun aku rasa lebih kurang sejarah je. Kau baca, kau dapat. Thats all. Soalan paper 1 bahagian objektif memang fakta la and jawapan memang macam lebih kurang so tu aku kata, kau baca kau dapat haha lol bagi bahagian B and C pula, fakta memang tak boleh buat apa la and the kbat were much nicer la sebab tak guna ayat belit or perkataan yang susah nak faham. And untuk paper 2, lebih kurang je macam soalan section B and C paper 1, cuma rasanya kali ni paper kitorang macam kurang tanya maksud perkataan la, seingat aku la. And ayat hafazan jangan lupa hafal ye as well as the tajwid! Markah bonus tu.

Addmath: I haveeee a very big issue with this paper. Mula-mula pagi berhimpun, i was so worried sebab tak pernah dapat A untuk addmath and cuak nak mati sampai cikgu tegur, kata; Mira! Awat muka tu cuak sangat, tenang ye nanti blank pula karang. Anddd guess what, memang aku blank for the first 20 minutes time paper 1. Speechless + cuak = blank. Buka je paper 1, there's no soalan fungsi!!! Buka je tetibe soalan statistik, then probability, then log ke apa and aku macam; wth is this. Memang skip soalan sampai hampir separuh buku soalan dan akhirnya jumpa soalan fungsi daaan barulah aku lega; at last otak fungsi sikit. Tbh aku rasa aku tak jawab full, ada juga soalan aku tinggalkan and jawab pun dalam satu dua workings je. Paper 1 dia memang hella bad la compares to paper 2 tapi bila ingat balik macam sama je dedua susah. I found physic's in vector, i can't figure out which one was simultaneous equation and etc. Ni la salah satu subjek memang dari awal aku rasa nak dapat A tu payah............... but hey, for the first time aku dapat selesaikan soalan prove the trigonometry punya equation lol.

Physic: Aku rasa paper physic ni much moreeeee easier dari apa aku pernah jawab before this. Maksudnya aku rasa aku boleh jawab banyak la soalan-soalan time paper physic ni but thats what meet the eyes la, result phy aint that really good haha. Untuk paper 1, macam aku kata, soalan dia more simple and straight forward compares to the other subjects. And also for the first time i got more than 40 yang betul sebab selama ni paling tinggi pun 38 and im so happy! Untuk paper 2, ada satu soalan pasal Palang Maltase; actually time last day drilling, aku ada tanya cikgu topik ni and cikgu terangkan balik dekat kelas and yess topik ni keluar sebiji time spm, alhamdulillah. But, untuk soalan heat memang agak kecewa la sebab aku burn 6 marks free je untuk termometer tu. haish and the kbat yang ada pun sikit la tak banyak sangat. Soalan dia banyak kena fikir, and predict; banyak libatkan kehidupan harian la. Paper 3 pula memang alhamdulillah apa yang tajuk satu Malaysia target memang keluar. U guys should trust spot topics sometimes! hehe

Biology: Unlike physic, jangan percaya soalan spot bio sebab satu pun tak keluaaaaarrrrrr. Untuk paper 1, agak senang la bagi aku sebab bio fakta; kau baca, kau dapat. Tapi jawapan untuk soalan paper 1 agak mengelirukan and hampir sama tbh. Untuk paper 2 pula, thoseeeeeeeee questionssssss driving me crazy. Macam addmath, aku speechless aci rahang bawah pun jatuh bila buka soalan je and no organelles or animal cell or plant cell. What can i say is, the question contains 80% about plants! Happy plants day? Bahagian A mahupun B, banyak pasal tumbuhan and sadly i do read most of the topics (ni sebab baca last minute lol) but i decide to not read tumbuhan punya topics sebab selalu keluar bahagian essay je which we can elak untuk jawab but nayyy me. And sadly, for paper 3, both experiments also pasal tumbuhan. Section A about transpiration and section B is fotosintesis. Actually, kan ada gap masa paper 2 and 3, so our biology teachers said, paper 2 banyak pasal tumbuhan so paper 3 mesti pasal lain; so we read about respiration, nutrition and etc but hahaha no guys. Its plants again. Ni pun antara subjek yang buat aku ragu-ragu nak dapat A.

Chemistry: Aku memang sukaaaa sangat subjek chemistry sebab subjek ni aku lebih paham dari subjek lain haha So, dengan gap 5 hari, aku memang bergumbiraaa je study chemist and bagi aku paper 1 dia tak susah sangat tapi memang banyak pengiraan and aku cuaaaaaai 2 soalan wei, haish geramnya and ada 1 soalan memang aku tak tau jawapan lol. Chem paper 1 kalau facts memang tak boleh buat apa la kan unless baca and the kbat banyak dekat soalan pengiraan la sampai pening gak nak fikir jalan kira. Untuk paper 2, the kbat questions memang banyakkk sampaikan kena baca banyak kali sebab nak fikir ni under chapter apa sebenarnya. And guys, again i burnt 3 marks freely sebab tak perasan soalan. Takleh beza the different between 'wajarkan' and 'wajarkah', sekali baca nampak sama kan? so aku salah disitu la yang nyata lol, Paper 3, alhamdulillah, untuk perancangan eksperimen memang aku baca masa ada gap, and the question memang sebiji dengan apa yang aku baca.


Masa hari nak amik result, risau-cuak-nervous dia memang bukan main la. My mom memang harapkan aku dapat straight As tapi aku saaaangat risau dengan paper Bio and Addmath. Sebab macam tak boleh dapat A. Sehari sebelum amik result pun ibu tanya lagi; boleh dapat berapa ni? takkan tak boleh dapat straight As? duduk sekolah lama-lama cemtu. Annnnddddddd dari aku redha aku dapat berapa je terus jadi gelabah and harap sangat dapat straight As. Malam sebelum result pun kitorang dapat note la dari cikgu kata datang amik result pukul 2 petang. Lambaaaat kan? Tu lagi la tambah cuak sebab risau teruk sangat. And pagi dapat result, my classmate, yang aku rasa pandai and scorer addmath tu pun dia check dapat 7A2B. Lagi laaaaa aku risau.

And after that, aku dapat banyak chat dari classmates and teachers suruh aku check result thru sms. Dah la aku tengah cuak gila then memang tak la nak check and aku kasi blue tick je majoriti and kalau reply pun aku kata takut nak check haha. Sebab malas nak layan, aku pun call Aida tanya dia dapat berapa sebab dia dah check msg and yes, she got 9As. Alhamdulillah for her and time tengah call Aida, ibu pula called. Then tetiba je ibu nangis and panggil nama aku. Seriously time tu aku rasa cam haduh teruk ke sampai ibu nangis ni (ibu boleh check sebab she have my ic number and angka giliran lol) and then ibu kata; dik, adik dapat 9A. And ya Allahhhhh, i cant described how i felt; sumpah terkejut and of course tears started rolling down my cheeks. Alhamdulillah. Untuk double check, aku pun msg la and yes, alhamdulillah dapat message macam gambar di atas :)


Alhamdulillah, ni yang aku dapat untuk spm aku. Sejujurnya, memang aku ada harap nak dapat straight As, tapi ada beberapa subjek macam bio dan addmath yanng buat aku risau, and alhamdulillah again, with Allah's helps, everything is possible. My hardworks paid off and yes, your hardworks will never betray you. Dekat sekolah, the coco star system expect me to get 8A+ and 1A but yeah, 6A+ 1A 2A- was enough for me. Thanks Allah, family, teachers and friends; nothing could be possible without your loves and helps. Some pics of my result's day? 





Congrates my girls and batchmates, even though we are not as great as the batch a year after us, we could manage to prove that we can do it; we could beat their gps eventough it was only 0.01. However we cant pass 4.04 but breaking the senior's result is great. I love y'all and I hope you guys could live in a happy ending life. 

                

Thank you bang ngah and kak wa buat surprise datang dari KL and UPM semata-mata nak greet and say congrates to me. Thank youuuu sangat. To pengetua, thanks kerana selalu support and asal jumpa je selalu kata; amira awak kena dapat 9A ye. Thanks pengetua, berkat kata-kata pengetua akhirnya dapat juga. Terima kasih semua and i knew, this is not the end, lepas ni nak kena lalui asasi/matriks, kena struggle more. Nak kena cari biasiswa and etc. Tbh i'm scared nak sambung study. Excited memang la, tapi, i never enter any boarding sch, so aku tak pernah rasa hidup berdikari tanpa mak ayah. Aku tak pernah struggle study di mana aku sensorang tanpa support family,cikgu and kawan yang selalu dekat. Tak ada lagi cikgu-cikgu yang sudi luang masa dekat whatsapp or jumpa personal kalau taktau something. And i studied in malay, kalau then in english, will i survive with the different terms and whatnot? Haish, there's so many things trambling all over my mind nowadays.

For those yang ada any tips and advices to share; i would glad to hear. And boleh tak suggest any scholarship yang okay? sebab i would like to further in dentistry so banyak biasiswa engineering je ni. Do share some infos here guys :) interesting experiences would do too! :)

Thanks for reading a very long post guys, Assalamualaikum.


Jpj KPP Test 01



Assalamualaikum and hi. Maaf dah lama tak update, bukan sebab tiada idea ataupun tiada liputan internet. Sesungguhnya kemalasan itu punca utama. Okay lol. Ehem ehem, as a spm leaver, of course kebanyakan akan go on pergi mula ambil lesen tak kira la kereta or motorsikal or kedua-duanya, so let's hear my story hehehehehe

Aku ni jenis yang memang tak pernah kisah or peduli dengan kenderaan sangat. Hence, aku memang tak pernah terjebak bawak motorsikal ataupun kereta sebelum cukup umur untuk lesen ataupun mana-mana yang berkaitan. Bahkan bawak basikal pun aku failed kot! Hahahahahaha okay gelak sikit je. Actually, aku boleh kata aku trauma sikit la kot sebab dulu time sek rendah bawak basikal petang-petang best je tapi well malang tak berbau, aku jatuh tersembam muka dekat jalan tar and gigi depan memang habis sumbing sampai kena treatment doktor; rawatan akar-tembak guna mende tah-siap aci bakar alat kat api-lol and so on sebab bawah gigi berlubang. Tak cukup jatuh cemtu, jatuh pulak dalam longkang besar tepi rumah dalam 2 kali then akhirnya aku stop naik basikal sampai la harini. 

Dengan pencapaian aku yang agak cemerlang dalam bawak basikal ni, so aku decide tak bawak basikal juga walaupun ayah aku banyak kali suruh. Dan akhirnya, dengan umur 17 ke 18 tahun ni, kenalah aku try bawak kenderaan iaitu kereta. Tapi disebabkan study years sepanjang form 4 hingga form 5 (acah je ni), so aku tak try la belajar bawak kereta and i ended up coming to the driving school with an empty knowledge. Well aku pergi sana dengan kawan aku, Aida. Kitorang memang sama sekolah since sek rendah until lower form sebab dia decide nak masuk boarding sch; mrsm tgb. Since Aida and I dalam driving sch yang sama, memang aku awal-awal kata kat akak tu ; Saya nak semua kelas memandu, ceramah and so on sama dengan Aida ye kak. 



After daftar, kitorang pun pergi la ceramah 6 jam dekat Kuala Pilah. At first aku memang sumpah agak mengantuk la sebab aku tidur lambat malam tu so neuron-neuron otak aku tak berapa nak fungsi dengan baik that morning. Yet Aida smile while laughing excitedly at me saying; Waaa bestnyaaa dah lama aku tak rasa belajar cemni. And i was like, ......................... okay babe. Then kitorang pun dapat la buku gedabak tu untuk baca untuk test. Disebabkan kitorang ni dikira antara yang lambat daftar compares dengan kawan lain, so aku pun tanya la kawan lain yang lulus test komputer ni. And dia kata dia lulus dapat 66/70 and ada yang lain dapat 46/50 and so on. Dorang siap kata ramai yang failed lagi test tu. And aku macam; ramai failed? repeat? bayar lagi? duittttt tuuuuuuuuu. So seorang paranoid macam aku ni mula la baca dan belajar buku tu.

I did it like i studied for my biology and history duh. I read and jotted down every important points lagi. Gambar di atas adalah sebahagian usaha keras aku hahahahaha pardon my handwriting lol. Perasaan malas dengan dicampurkan keghairahan nak tengok cerita korea menyebabkan aku and Aida mintak akak tu tempoh seminggu nak baca buku walhal baca sehari sebelum test. Everyone like this, right? Dan aku pun habiskan 1 chapter depan buku tu dalam tempoh 3 jam sehari sebelum test dan diikuti latihan menggila more than 10 times dekat jpjkpptest.com. First time jawab test tu lulus 42 aku macam; pergh tak baca pun lulus ni dan the next tests, i got failed two times hahaha tu la riak nak mampos. And at the real day of test ;


Alhamdulillah, aku dapat full marks; 100% betul. Aida pula dapat 47/50. Wuhuuu nasiblah tiada ulangan dan seumpama dengannya. Kitorang pun baru je habis sesi cap jari-duduk melangok-bosan bak hang selama 5 jam setengah tu. Lepas ni dah boleh try belajar bawak kereta, oh yeahhhh we gonna rock it! Tapi ramai kawan gagal weh test dengan jpj haishhh buat seram je. Dah lah sekarang ni pricing untuk gagal pun mahal gila hmmm harap-harap la both Aida and me could pass with first try. Doakan kami lulus ye and our test could be on the end of this April. Wish us luck! If you guys ada any tips please write yours below. I would love to read it! 

P/s: Aku private blog before sebab ingatkan nak renovate blog tukar baharu semua but yeah, malas gila punya pasal, lupakan je la hahahahaha okay bye, Assalamualaikum.

February 8, 2017

Gambar hilang?





Assalamualaikum and hi. Adakah aku malang atau aku memang malang dalam bab-bab gambar dan memories ni? Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa i am sick of this. Untuk sekian kalinya, laptop akan di format??? I just transfer gambar-gambar time zaman sekolah, gambar jamuan, graduasi, pantun, solat hajat or can i say everything dekat laptop without any copy at the other drives or whatnot. Sadly, aku yang merupakan perosak laptop berjaya telah sekian kalinya membuatkan laptop tak boleh bukak sehingga keluar "Your PC can't open correctly" yang membawa maksud format. Huaaaaaaaaaaaaa serius nak nangis. Setelah susah payah aku gather all those pics yang kengkonon nak save the pics thru lifes sekali akan hilangggg (?) Tak boleh ke betulkan laptop tanpa format T_______________________T weh aku sedih ni nak hilang semua benda. 

If and only if aku tak download fonts semedang, main amik textures, brushes, shapes, and patterns sesuka hati untuk photoshop tanpa menghiraukan virus dan seangkatannya, tentu tak jadi cemnii. And this aint the first time duhhh, why i havent change for once? Tolonglaaaaa jangan hilang lagi gambar-gambar ku. I'm begging. ((ni pun taip guna laptop mak)) huwaaaaaaaa takleh la sedih lagi ni. There's more than 10 times that my laptop was been formatted and takkan nak kasi hilang lagi semua benda? Its totally a big NO! Baru last three days kot aku cakap kat abang yang nak pinjam hard disk, nak simpan semua gambar situ sebab takut laptop buat hal sampai kena format karang, and yes, terbuka pintu langit dan bertapa masinnya mulut, laptop carik pasal :")

I just plan to write and share some stories; graduation and jamuan day dekat blog. Tapi apa kan daya, huaaaaaaaaa sedihnyaaaaa. Harap abang balik jumaat ni dapat hantar laptop pergi kedai dan repair tanpa format. Under God's will, please ease everything :") Okay guys, byebye



February 3, 2017

A Fresh Start!


room, desk, and study image

Assalamualaikum and hi. So yeah, i'm back from a long hiatus, but nobody cares. I am back with a new blog, new design and new hopes (?) Firstly, i want to let you know that i can't access to my old blog ; link here. Hence, it was a sad tho since i have lots of memories there but yeah nevermind. My comeback's design is a new one for me since i have never use simple template before and thanks to kak wana who always helps and guides me via instagram's dm. Thanks a lot! I used to make this blog looks simple and mature but i guess i ended up making this blog looks like a childish one, kan? Anyway, best view; Google Chrome

Well i must say that there're some reasons that i choose to back to the blogger area again.  But first of all, i have finished my school years and yeayyyyyyyy for that. I was one of those spm 2k16 candidates and please pray for my upcoming result on this march. Hence i have ended my school years, i have thought to make some entries about my experiences and memories as a school's student. I warn you that this would make a lot of stories to be share later round. I want to reminisce my teen's years by knowing the stories and fun back then so i could re-read and smile of it in the future. 

As a school leaver, i have so many freaking holidays but i have no intention to work since i had been tired as hell when i was a school student. I decided to stay at home, watching korean dramas and movies, sleeping over days and nights, reading novels and making some graphics. Unfortunately, i have not done any of them cause i am so lazy to do so. Thus, that makes me feels so boring at home and makes me eager to start typing and blogging again hehehehe. The other reason of my comeback have been stated on my about section. Check it out and yeah, bye. Meet me at the other entry, perhaps. ((sorry for the broken english))