mirashahrom



Jpj KPP Test 01

March 20, 2017


Assalamualaikum and hi. Maaf dah lama tak update, bukan sebab tiada idea ataupun tiada liputan internet. Sesungguhnya kemalasan itu punca utama. Okay lol. Ehem ehem, as a spm leaver, of course kebanyakan akan go on pergi mula ambil lesen tak kira la kereta or motorsikal or kedua-duanya, so let's hear my story hehehehehe

Aku ni jenis yang memang tak pernah kisah or peduli dengan kenderaan sangat. Hence, aku memang tak pernah terjebak bawak motorsikal ataupun kereta sebelum cukup umur untuk lesen ataupun mana-mana yang berkaitan. Bahkan bawak basikal pun aku failed kot! Hahahahahaha okay gelak sikit je. Actually, aku boleh kata aku trauma sikit la kot sebab dulu time sek rendah bawak basikal petang-petang best je tapi well malang tak berbau, aku jatuh tersembam muka dekat jalan tar and gigi depan memang habis sumbing sampai kena treatment doktor; rawatan akar-tembak guna mende tah-siap aci bakar alat kat api-lol and so on sebab bawah gigi berlubang. Tak cukup jatuh cemtu, jatuh pulak dalam longkang besar tepi rumah dalam 2 kali then akhirnya aku stop naik basikal sampai la harini. 

Dengan pencapaian aku yang agak cemerlang dalam bawak basikal ni, so aku decide tak bawak basikal juga walaupun ayah aku banyak kali suruh. Dan akhirnya, dengan umur 17 ke 18 tahun ni, kenalah aku try bawak kenderaan iaitu kereta. Tapi disebabkan study years sepanjang form 4 hingga form 5 (acah je ni), so aku tak try la belajar bawak kereta and i ended up coming to the driving school with an empty knowledge. Well aku pergi sana dengan kawan aku, Aida. Kitorang memang sama sekolah since sek rendah until lower form sebab dia decide nak masuk boarding sch; mrsm tgb. Since Aida and I dalam driving sch yang sama, memang aku awal-awal kata kat akak tu ; Saya nak semua kelas memandu, ceramah and so on sama dengan Aida ye kak. 



After daftar, kitorang pun pergi la ceramah 6 jam dekat Kuala Pilah. At first aku memang sumpah agak mengantuk la sebab aku tidur lambat malam tu so neuron-neuron otak aku tak berapa nak fungsi dengan baik that morning. Yet Aida smile while laughing excitedly at me saying; Waaa bestnyaaa dah lama aku tak rasa belajar cemni. And i was like, ......................... okay babe. Then kitorang pun dapat la buku gedabak tu untuk baca untuk test. Disebabkan kitorang ni dikira antara yang lambat daftar compares dengan kawan lain, so aku pun tanya la kawan lain yang lulus test komputer ni. And dia kata dia lulus dapat 66/70 and ada yang lain dapat 46/50 and so on. Dorang siap kata ramai yang failed lagi test tu. And aku macam; ramai failed? repeat? bayar lagi? duittttt tuuuuuuuuu. So seorang paranoid macam aku ni mula la baca dan belajar buku tu.

I did it like i studied for my biology and history duh. I read and jotted down every important points lagi. Gambar di atas adalah sebahagian usaha keras aku hahahahaha pardon my handwriting lol. Perasaan malas dengan dicampurkan keghairahan nak tengok cerita korea menyebabkan aku and Aida mintak akak tu tempoh seminggu nak baca buku walhal baca sehari sebelum test. Everyone like this, right? Dan aku pun habiskan 1 chapter depan buku tu dalam tempoh 3 jam sehari sebelum test dan diikuti latihan menggila more than 10 times dekat jpjkpptest.com. First time jawab test tu lulus 42 aku macam; pergh tak baca pun lulus ni dan the next tests, i got failed two times hahaha tu la riak nak mampos. And at the real day of test ;


Alhamdulillah, aku dapat full marks; 100% betul. Aida pula dapat 47/50. Wuhuuu nasiblah tiada ulangan dan seumpama dengannya. Kitorang pun baru je habis sesi cap jari-duduk melangok-bosan bak hang selama 5 jam setengah tu. Lepas ni dah boleh try belajar bawak kereta, oh yeahhhh we gonna rock it! Tapi ramai kawan gagal weh test dengan jpj haishhh buat seram je. Dah lah sekarang ni pricing untuk gagal pun mahal gila hmmm harap-harap la both Aida and me could pass with first try. Doakan kami lulus ye and our test could be on the end of this April. Wish us luck! If you guys ada any tips please write yours below. I would love to read it! 

P/s: Aku private blog before sebab ingatkan nak renovate blog tukar baharu semua but yeah, malas gila punya pasal, lupakan je la hahahahaha okay bye, Assalamualaikum.

Labels:

0 comments


Post a Comment